CLJ Logo CLJ Bulletin, Issue 2014, Vol 13
28 March 2014

Print this page
CASES(S) OF THE WEEK

CRIMINAL PROCEDURE: Appeal - Appeal against conviction and sentence - Appellant convicted for trafficking in Indonesian nationals - Indonesians convicted for illegal entry by Sessions Court - Grounds of appeal - Non-compliance of s. 51A Criminal Procedure Code - Whether vitiated trial - Whether warrants of commitment and notes of proceedings from Sessions Court trial against Indonesians submitted in present proceedings - Failure to honour promise to charge for lesser offence - Whether conviction and sentence safe - Anti-Trafficking in Person and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007, s. 26J - Criminal Procedure Code, s. 51A


MOHAMAD KARIM BUJANG v. PP
HIGH COURT SABAH & SARAWAK, KUCHING
RHODZARIAH BUJANG J
[CRIMINAL APPEAL NO: SRA-42-5-12-2012]
31 JULY 2013

The appellant was caught while conveying three Indonesian nationals in his car. All the three Indonesians had been charged and convicted for illegal entry into the state by another Sessions Court. The appellant was subsequently charged in the Sessions Court for trafficking the three Indonesians under s. 26J of the Anti-Trafficking in Person and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 (`Act'). In his defence, the appellant testified that he was asked by a friend to convey the Indonesians and was paid for the transportation. He confirmed not being aware of whether the Indonesians had passports. After a full trial, the appellant was convicted and sentenced to two years' imprisonment and fined RM10,000 in default five months' imprisonment. The appellant appealed against the conviction and sentence. In his first ground of appeal, the appellant, who was not represented, contended that s. 51A of the Criminal Procedure Code (`CPC') was not complied with as he was not served with the relevant documents in respect of the charge. The prosecution, however, submitted that the non-compliance of s. 51A of the CPC was not fatal to the proceedings as the documents were explained and understood by the appellant before it was tendered as evidence. Further, the appellant had no objection to its tendering. The second ground raised by the appellant was the non-evaluation of the prosecution's evidence with regards to the warrants of commitment for the three Indonesians and the notes of proceedings taken of their evidence by the other Sessions Court Judge and to account for the contradiction in the evidence of the arresting officer (`PW1') and investigating officer (`PW6'). The complaints were that the warrants of commitment and the notes of proceedings of the other Sessions Court Judge were not given to the appellant and was not referred to the investigating officer at trial. In his third ground of appeal, the appellant contended that PW6 had not honoured his promise to charge the appellant with a lesser charge under the Commercial Vehicle Licensing Board Act. Hence, it was contended that the failed promise had prejudiced the trial and his conviction should be overturned.

Held (dismissing appeal):

(1) The object of s. 51A of the CPC was to prevent a trial by ambush. The non compliance with s. 51A did not vitiate the trial despite the mandatoriness of the section. When an accused person requested for documents covered by the section, the prosecution must supply it. An unreasonable refusal could be held adversely against the prosecution. Where the accused did not make such request and at the trial, the accused was given the opportunity to examine the documents beforehand and was not prejudiced by not being given the documents in advance, then the trial could not be a nullity on account of non-compliance with the section. (paras 6 & 7)

(2) There was no merit on the ground that the warrants of commitment was not given to the appellant and not referred to the investigating officer at the trial. This was because the warrants were court orders and official record of the proceedings which the court must presume to be genuine and true under s. 80 of the Evidence Act 1950 (`Evidence Act') as well as s. 114 of the Evidence Act. The tendering of the court documents by the Registrar of the subordinate court sufficed to invoke the legal presumptions without a need for more. There was no material contradictions in the evidence of PW1 and PW6 which would affect their credibility that would compromise the case for the prosecution in the absence of particularisation of the alleged contradictions. (para 8)

(3) The promise by PW6 to charge the appellant for a lesser offence and the non-honouring could not amount to anything under the law. It would not vitiate the trial and impinge the appellant's conviction as the appellant had pleaded not guilty to the more serious charge and was induced by the promise to plead guilty to a lesser charge. The failed promise did not prejudice the trial and could not be used to overturn the appellant's conviction. (paras 9 & 10)

Case(s) referred to:

Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP [2010] 4 CLJ 265 FC (refd)

Nujim Matusin v. PP [2012] 1 LNS 539 HC (foll)

PP lwn. Venkatakrishnan Radhakrishnan [2010] 1 LNS 1783 HC (refd)

Legislation referred to:

Anti-Trafficking in Person and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007, ss. 2, 26J

Criminal Procedure Code, ss. 51A, 399, 402A

Evidence Act 1950, ss. 80, 114(e)

Counsel:

For the appellant - Abang Mohd Tosen; M/s Mohd Tosen Advocs

For the respondent - Musli Ab Hamid; DPP

[Appeal from Magistrate's Court; Criminal Case No: SRA-62AT-1-3-2012]

Reported by Sandra Gabriel




TORT: Fitnah - Laporan berita dalam suratkhabar - Sama ada memfitnahkan plaintif - Pembelaan - Justifikasi, ulasan saksama, perlindungan bersyarat dan kewartawanan - Sama ada gagal dibuktikan - Sama ada defendan gagal mengamalkan "responsible journalism" - Sama ada laporan berita berniat jahat

TORT: Fitnah - Gantirugi - Taksiran gantirugi - Prinsip-prinsip digunapakai - Gantirugi am dan teladan - Jumlah berpatutan dan munasabah


DATUK SERI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN lwn. UTUSAN MELAYU (M) BHD
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR
ROSNAINI SAUB H
[GUAMAN SIVIL NO: 23NCVC-81-07-2012]
24 JULAI 2013

Pada 28 Mei 2012, plaintif telah membuat kenyataan twitter yang secara intinya mengkritik pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 berharga RM520,000 oleh seorang tertentu yang tidak dinamakan (`Paparan Twitter'). Paparan Twitter, walaupun merupakan satu kritikan, tidak mengatakan apa-apa mengenai `penyalahgunaan wang rakyat'. Walaupun begitu, pada 31 Mei 2012, defendan telah menerbitkan satu laporan berita (ditulis oleh SD3) di dalam akhbar miliknya, Utusan Malaysia, bertajuk "Lapan Laporan Polis Dibuat Bantah Kenyataan Biadab Terhadap Sultan Johor - Pasukan Khas Siasat Kenyataan Nizar" (`Laporan Berita'), di mana perenggan keempatnya menyatakan: "Kelmarin, Mohammad Nizar menerusi akaun Twitter miliknya mengeluarkan komen Sultan Johor menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000".

Plaintif mengatakan bahawa perkataan-perkataan yang terdapat di perenggan empat tersebut telah memfitnahnya, dan sekaligus memfailkan tuntutan fitnah di sini terhadap defendan. Di hadapan yang arif hakim, defendan antara lain mengemukakan pembelaan justifikasi, ulasan saksama serta perlindungan bersyarat dan kewartawanan. Defendan juga berhujah, sebagai satu isu awalan, bahawa kes plaintif dicemari isu estoppel dan res judicata memandangkan plaintif juga sebelum ini telah memfail saman fitnah terhadap Stesyen Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 berdasarkan fakta yang sama (`Guaman Sivil No: 23-NCVC'), di mana saman tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Tidak dinafikan bahawa Mahkamah Tinggi dalam menolak Guaman Sivil No: 23-NCVC, dan membenarkan pembelaan justifikasi TV3, berpendapat bahawa seorang pembaca yang munasabah berkemungkinan akan membuat kesimpulan bahawa Paparan Twitter plaintif bermaksud "Sultan Johor telah menggunakan duit rakyat" untuk membeli nombor plat WWW 1. Isu penting yang berbangkit adalah sama ada res judicata atau estoppel terpakai kepada kes di sini, dan walau apapun, sama ada yang arif hakim di sini tidak terikat dengan keputusan Guaman Sivil No: 23-NCVC sekaligus membolehkannya menolak mahupun membenarkan tuntutan plaintif berdasarkan meritnya sendiri.

Diputuskan (membenarkan tuntutan; mengaward gantirugi sekadarnya):

(1) Res judicata dan estoppel tidak terpakai kepada kes di sini. Walaupun mempunyai persamaan isu dengan kes Guaman Sivil No: 23-NCVC, kes di sini melibatkan tuntutan plaintif terhadap defendan yang berlainan. Oleh itu, res judicata tidak berbangkit. Selain itu, keputusan di dalam Guaman Sivil No: 23 NCVC adalah dibuat oleh Mahkamah Tinggi, yang bererti prinsip stare decisis tidak terpakai kepada Mahkamah Tinggi di sini. Ianya mengikut bahawa isu estoppel juga tidak terpakai dan mahkamah ini masih bebas membuat penemuannya sendiri. (perenggan 12)

(2) Paparan Twitter plaintif langsung tidak menyebut nama orang atau pihak yang membeli nombor plat WWW 1. Plaintif juga tidak menyebut sama ada pembelian tersebut menggunakan wang rakyat atau tidak. Kenyataan Twitter tersebut hanyalah satu kritikan terhadap seorang yang sanggup mengeluarkan wang yang begitu banyak semata-mata untuk membeli satu nombor plat pendaftaran kenderaan, sedangkan wang sebegitu boleh digunakan untuk membantu rakyat miskin di Johor. Dengan kata lain, perkataan "Sultan Johor menyalahguna wang rakyat" adalah ditambah sendiri oleh defendan ke dalam laporan berita. Oleh itu, perenggan keempat laporan berita adalah satu kenyataan yang mempunyai unsur fitnah terhadap plaintif kerana ia boleh mencemarkan imej dan maruah serta reputasi plaintif di dalam pemikiran dan pandangan para pembaca laporan berita tersebut. (perenggan 16 & 17)

(3) Adalah jelas bahawa defendan telah tidak melaporkan apa yang sebenarnya disebutkan oleh plaintif di dalam Paparan Twitter. Sebaliknya, defendan telah memutarbelitkan kenyataan tersebut di mana plaintif kononnya telah membuat komen bahawa Sultan Johor telah menyalahgunakan wang rakyat untuk membeli nombor plat WWW 1 tersebut. Defendan tidak mempunyai justifikasi untuk membuat laporan yang sedemikian dan pembelaan justifikasi defendan semestinyalah gagal. (perenggan 25)

(4) Perenggan keempat laporan berita bukanlah satu komen tetapi satu pernyataan fakta. Ia memaklumkan kepada pembaca apa yang dikomen oleh plaintif melalui Paparan Twitternya. Jikapun ia suatu komen, ia bukanlah komen yang adil dan saksama. Plaintif melalui Paparan Twitternya hanya mengkritik pembelian nombor plat dengan harga yang begitu tinggi tetapi sebaliknya, defendan di dalam perenggan keempat melaporkan bahawa plaintif menuduh Sultan Johor telah menyalahgunakan wang rakyat. Ini bukanlah satu komen yang adil atas apa yang telah ditwit oleh plaintif. Kesimpulan yang dibuat juga bukan merupakan kesimpulan yang munasabah. Oleh itu, pembelaan ulasan saksama juga seharusnya gagal. (perenggan 27, 28 & 29)

(5) Walaupun berita yang dilapor mempunyai elemen kepentingan awam, defendan telah gagal mengamalkan "responsible journalism". Laporan berita telah memberi gambaran yang negatif terhadap plaintif dan sudah tentu akan menimbulkan kemurkaan di pihak istana. Bagi seseorang untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Sultan telah menyalahgunakan wang rakyat adalah sesuatu yang amat serius. Selain itu, dalam menerbitkan laporan berita, SD3 hanya menghubungi Ketua Polis Johor dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor sahaja, tetapi tidak langsung cuba menghubungi plaintif untuk mengesahkan sama ada benar atau tidak plaintif telah membuat kenyataan yang sedemikian melalui akaun Twitter kepunyaannya. Kesimpulannya, pembelaan perlindungan bersyarat dan kewartawanan tidak boleh digunakan oleh defendan dalam hal keadaan kes di sini. (perenggan 32 & 34)

(6) Plaintif telah membuktikan wujudnya "express malice" atau niat jahat yang nyata apabila defendan melalui SD3 telah menulis dan menerbitkan fitnah terhadap beliau dalam bentuk ayat yang digunakan di perenggan keempat laporan berita. Niat jahat yang nyata boleh disimpulkan dari faktor bahawa SD3 langsung tidak menghubungi plaintif untuk mengesahkan komen sebenar Paparan Twitter, sebaliknya tiada masalah menemubual Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, bahawa apa yang ditulis di perenggan keempat adalah lain dari apa yang ditwit oleh plaintif, dan bahawa SD3 sebenarnya mengetahui kandungan sebenar Paparan Twitter plaintif tetapi memilih untuk tidak menerbitkannya di dalam laporan berita. Dengan penerbitan laporan berita didorong oleh niat jahat, maka pembelaan ulasan saksama dan perlindungan bersyarat tidak lagi boleh dipertahankan oleh defendan. (perenggan 37)

(7) Dengan mengambilkira faktor-faktor relevan, satu jumlah global RM250,000 bagi gantirugi am dan teladan adalah wajar diberikan kepada plaintif. Jumlah ini adalah berpatutan dan munasabah berdasarkan trend pampasan gantirugi yang diberikan mahkamah dalam kes-kes sebegini. (perenggan 46)

Kes-kes yang dirujuk:

Chok Foo Choo v. The China Press Bhd [1999] 1 CLJ 461 CA (dirujuk)

Chong Siew Chiang v. Chua Ching Geh & Anor [1995] 1 CLJ 173 HC (dirujuk)

Chong Swee Huat & Anor v. Lim Shian Ghee T/A L & G Consultants & Education Services [2009] 4 CLJ 113 CA (dirujuk)

Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin v. Sistem Televisyen Malaysia Bhd & Anor [2013] 7 CLJ 483 HC (dirujuk)

Farlim Properties Sdn Bhd v. Goh Keat Poh & Ors (And Other Appeals) [2003] 4 CLJ 505 CA (dirujuk)

Kemsley v. Foot [1952] 1 All ER 501 (dirujuk)

Reynolds v. Times Newspapers Ltd And Others [2001] 2 AC 127 (dirujuk)

S Ashok Kandiah & Anor v. Dato' Yalumallai Muthusamy & Anor [2011] 1 CLJ 460 CA (dirujuk)

Sivabalan P Asapathy v. The New Straits Times Press (M) Bhd [2010] 7 CLJ 885 HC (dirujuk)

Syed Husin Ali v. Sharikat Penchetakan Utusan Melayu Berhad & Anor [1973] 1 LNS 146 HC (dirujuk)

Top-A Plastic Sdn Bhd & Ors v. Bumiputra Commerce Bank Bhd [2006] 3 CLJ 460 HC (dirujuk)

Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub v. Bre Sdn Bhd & Ors [1995] 1 LNS 304 HC (dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:

Defamation Act 1957, s. 8

Kaunsel:

Bagi pihak plaintif - Mohammed Zamri Ibrahim (Mohd Fitri Asmuni bersamanya); T/n Awi & Co

Bagi pihak defendan - Firoz Hussein (Choo Shi Jin bersamanya); T/n Hafarizam Wan & Aishah

Dilaporkan oleh Wan Sharif Ahmad